Monday 13 April 2015

Salam , ada yang suka makan kek lapis n kek lapis roll,.  Sedap,.dan deliciouss.. macam-macam flavour ada. Boleh singgah Fb cikDek or direct jer terus tempah dengan Cik Dek













Kek Lapis (400gm size 4'x8')

sebiji RM23/sm, rm28/ss ,

3 biji dan ke atas RM 21/sm , RM 26/ss



Boleh campur-campur

FREE POSTAGE



Kek Lapis Roll (400gm size 7')

sebiji RM 25/sm, RM30/ss

3 biji dan ke atas RM 22/sm, RM27/ss



Boleh campur-campur

FREE POSTAGE

Linda (0179191242)


https://www.facebook.com/coollycraze

Wednesday 8 April 2015

PhotoBooth Murah

Photo Booth Cik Dek buat simple2 je untuk cousin Cik Dek ni masa 4 Januari 2015. Masa ni First time, nak cuba buat nak tengok boleh jalan ke buat bisnes photobooth ni. Boleh tengok gambar kat bawah ni 





 Gambar nombor 1 dan 2 Cik Dek buat untuk masa sanding , gambar yang bawah ni buat masa nikah beliau dekat rumah


Mmg nampak tak berapa kemas, tapi Cik Dek cuba buat yang terbaik seterusnya untuk kawan baik Cik Dek pulak. Cuba tengok gambar bawah ni.. photobooth beliau dibina pada tarikh persandingan beliau pada 4 April 2015 yg lepas.


Haa ,ada improvement tak.. Cik Dek buat simple2 as per request tapi memenuhi permintaan beliau yang nak tema ala garden. Ada lagi gambar untuk props, guestbook dan thumbprint frame yg sebahagian 'accessories' untuk photobooth Cik Dek







Itu saje gambarnye. CikDek yang wat flying kiss dok tengah2 tu..

Jadi kalau ada yang nak wat tempahan boleh whatsapp Cik Dek 0179191242 .Total harga sume satu pakej Cik Dek amik murah RM250 untuk penggunaan sehari majlis. Harga boleh kautim jangan risau..Boleh juga nak loose item.

Guestbook : RM30
Set Thumbprint frame : RM45
Props : RM50 (20 jenis) 

Boleh singgah page FB CikDek dekat  https://www.facebook.com/coollycraze?ref=hl. Banyak lagi yang akan menyusul kemudian.  Sekian


Monday 8 December 2014

DIY cat pagar rumah

Post hari ni sebenarnye dah sebulan lepas punye cerita.. baru nak update . yelah CikDek baru- baru nak tambah koleksi blog kann..  ok lah post ni sebenarnye nak bagitau CikDek DIY mengecat pagar rumah CikDek yang dah doploh taon tak dicat sampai dah boleh letak label 'antik' kat situ.

'Checklist' barang-barang untuk proses DIY ni korang boleh tengok kat bawah ni:-

1. Surat khabar  - untuk lapik lantai elak kena cat yang menitis
2. Berus cat  - kalau pagar macam rumah CikDek ni pakai berus kecik je ok. yang CikDek pakai ni tak silap 2cm punya.
3. Cat minyak   -  apa brand pon takpe ni CikDek pakai setin kecik 1 L kot dah cukup.Kaler yang CikDek pakai ni Smokey Grey.
4. Sarung Tangan.
5.Tinner - untuk hilangkan cat yang melekat di tempat2 yang tidak dikehendaki.


Ok jom start proses pertama ni adik CikDek tengah tolong CikDek buang habuk yang melekat dekat pagar tu. sorry la 'sensored' sikit gambarnye. Dia memamg suka x pakai baju panas katanye.



Gambar sebelum - lap2 supaya permukaan tak menggerutu masa mengecat nanti



Ni la hasilnya selepas dicat boleh tahan First time

CikDek tak letak gambar masa proses mengecat sebab masa tu tak pakai sarung tangan , so tangan memang penuh ngan 'stain' takut melekat pulak dekat phone masa nak ambik gambar..
Cuma CikDek boleh cerita sikit pasal proses mengecat tu...

Proses Mengecat Bahagian A



Mula-mula sekali kena pilih masa yang sesuai nak mengecat supaya masa tu takde orang yang kerap keluar masuk rumah takut kena cat tu haru jadinya.. hehe... Ok kemudian bolehla alihkan semua benda yang menghalang kerja mengecat,..contohnya langsir, perabot-perabot supaya tak kena cat takut kalau kena nanti susah nak tanggalkan.  


Proses Mengecat Bahagian B


Ok masuk bahagian mengecat. Kalau boleh proses mengecat tu biarlah buat layer pertama dulu nipis-nipis je, kemudian baru tambah lagi selapis dan selapis. Kalau kasi hentam tebal terus CikDek risau cat yang tebal dan cair tu menitik-nitik dan lagi lambat kering..


Kemudian jangan malas lagi sebab semua sisi perlu dicat ye,. bahagian yg tertutup dan susah nak masuk tangan je tak payah la cat.. ikut la bajet cat yang ada kalau tak kena beli setin lagi la.. muahahaha setin dah rm19 yang kecik ye.


Kiraan Bajet

                           Berus cat 2cm X 2 batang - RM 2.60
                           Cat                                   - RM 19.00
                           Tinner sebotol                   - RM 2.00                  
Total - RM 23.60 

Total masa mengecat ni pon CikDek kira  iaitu dari pukul 2 petang sampai 7 malam. Kira 5 jam jugalah. Buat hari Sabtu sebab taknak orang keluar masuk pintu pon satu je buat keluar masuk rumah ,..pintu lagi satu tu belakang dia ada peti ais.

Jadi , kalau ada apa-apa soalan boleh kemukakan kat CikDek, kalau ada pendapat pon boleh jangan segan silu kongsikan dengan CikDek kat bawah ni oke..Sekian

Rahsia Buang Lemak Bawah Lengan

Baru-baru ni CikDek baru mula datang kesedaran 'semula' nak kecikkan lengan yang dah besar lagi besar dari biceps petinju MMA. Walaupon on-off jek kesedaran tu tapi senaman ni sure punye berkesan kalau diamalkan paling kurang pon seminggu dah boleh nampak dah hilang lemak-lemak degil kat lengan tu.


           Ok ni Video post senaman lengan yang CikDek dapat dekat youtube. Baru keluar jugak cuma Cik Dek selalu buat salah satu dari senaman tu iaitu TRICEP EXTENSION. Buat yang satu tu pun dah nampak kesan LAGI LAH kalau buat semua sesi dalam senaman tu kann..    lepas ni dah tak payah beli wrap2 serap lemak itu ini. CikDek pakai dumbell 2 kg/arm aje. Kalau tak ade, isi btol 1.5 liter tu dengan air paip aje ,senang...




Teruskan dan amalkan 3 kali smggu nak lebih pon boleh .Selain tu pemakanan kena lah jaga,. kalau makan nasik tak beringat bantai sampai 3 pinggan sekali makan jadi beruanglah tak jadi kurus. Ok tengok la video ni dan Selamat Mencuba!